Maaf & ampun! Tau tak kenapa banyak minggu tak log in? Bila nak log in, tak jumpa icon log in!! Sungguh pelik... tapi tak puashati, godek punya godek...terjumpa jugak. Saya mungkin belum ketagih sangat ....bila angin ketagih dah datang....jawabnya siang malam dok posting...
You all tau tak, esok ada Himpunan Usahawan? Apa tuh?
Himpunan Usahawan adalah satu acara yang telah dianjurkan oleh pihak SME Corp, mengumpulkan hampir 300 usahawan, untuk berurusniaga, memberikan pendedahan tentang maklumat terbaru mengenai dunia keusahawanan daripada pihak kerajaan/ agensi kerajaan, SME Corp. Ramai betul usahawan nie. ada yang dah lama, ada yang baru, pokoknya, memang satu platform yan baik untuk membuat jaringan perniagaan.
Patutnya saya pun dapat booth, tapi kita merancang, Allah menentukan, saya tidak dapat turut serta di saat-saat akhir, lalu beri laluan kat kawan ...takpe, hari ni rezeki diaorang.
Oklah...kita tidur dulu yer...saya hanya ada masa nak nulis nulis ni, malam hari jer...siang, walaupun mengadap komputer, tapi semuanya kerja.... facebook tapi kerja..haaaaa....camner tuhh...hihi...
Selamat berehat, saya kena simpan tenaga, esok nak pergi bernetwork dan jumpa semua kawan usahawan yang berniaga esok. Moga jualan mereka superb dalam masa 2 hari 1 malam ini..amin
Salam ikhlas dari saya
Hatinie Wan Pa

No comments:
Post a Comment